Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Tuesday, March 17, 2009

"Orang lain nk ada band, dia pn nak ada band gak" - Hek eleeee lu pehal nk halang depa???

Suatu malam Ahad, James Hetfield kuar umah dia bawak gitar letrik sebab dia nk p jamming bersama band nya Metallica. Pastu, dia ditegur jiran dia yg berumur 15 tahun, namanya Sham.

“Abang James nk p jamming ke?”

“Yupppppp…” pendek je James balas.

“Abang James, saya pn nak ada band laaa… Nak jadi mcm band abang. Kat sekolah saya, semua kawan2 saya ada band…. Glemer wooo diorang!!!”

Errrrkkkk????? James pikir2 balik ayat yg Sham cakap. At first, nak je James bambuuu si Sham tu, sebab ikut trend… orang lain buat band, dia pn nak buat band… huh…. Poseur!!!!

Tapi James pikir2 balik… Knp nk halang niat dia?

James pandang Sham, then dia pegang bahu Sham tu sambil cakap,

“Tak salah ikut trend mcm kawan2 kamu…. Tapi Sham mesti pastikan yg Sham ni jadi the BEST among kawan2 adik kt sekolah tu nanti… Ok?”

Sham terpinga- pinga ngn cakap James Hetfield tu…

15 tahun lepas tu, Sham baru la paham….. Dulu dia ikut trend kawan2 kt sekolah, nk main gitar lah, nk punya band la, nak popular laaa… Finally, he realized, it’s not about market trend, but it’s about WINNING and keep WINNING.

-CATATAN DIARI DARI SHAM KAMIKAZE, korang percaya tak???-

p/s : bukan diari Lydia je aku tibai, diari Sham Kamikaze pn aku rembat…..