Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Showing posts with label Band. Show all posts
Showing posts with label Band. Show all posts

Tuesday, March 17, 2009

"Orang lain nk ada band, dia pn nak ada band gak" - Hek eleeee lu pehal nk halang depa???

Suatu malam Ahad, James Hetfield kuar umah dia bawak gitar letrik sebab dia nk p jamming bersama band nya Metallica. Pastu, dia ditegur jiran dia yg berumur 15 tahun, namanya Sham.

“Abang James nk p jamming ke?”

“Yupppppp…” pendek je James balas.

“Abang James, saya pn nak ada band laaa… Nak jadi mcm band abang. Kat sekolah saya, semua kawan2 saya ada band…. Glemer wooo diorang!!!”

Errrrkkkk????? James pikir2 balik ayat yg Sham cakap. At first, nak je James bambuuu si Sham tu, sebab ikut trend… orang lain buat band, dia pn nak buat band… huh…. Poseur!!!!

Tapi James pikir2 balik… Knp nk halang niat dia?

James pandang Sham, then dia pegang bahu Sham tu sambil cakap,

“Tak salah ikut trend mcm kawan2 kamu…. Tapi Sham mesti pastikan yg Sham ni jadi the BEST among kawan2 adik kt sekolah tu nanti… Ok?”

Sham terpinga- pinga ngn cakap James Hetfield tu…

15 tahun lepas tu, Sham baru la paham….. Dulu dia ikut trend kawan2 kt sekolah, nk main gitar lah, nk punya band la, nak popular laaa… Finally, he realized, it’s not about market trend, but it’s about WINNING and keep WINNING.

-CATATAN DIARI DARI SHAM KAMIKAZE, korang percaya tak???-

p/s : bukan diari Lydia je aku tibai, diari Sham Kamikaze pn aku rembat…..

Tuesday, February 24, 2009

Teringat kt AHMAD NISFU kt citer seniman bujang lapok

Semalam, hari Ahad, bersamaan 22 Februari 2009, suatu kejadian aneh telah berlaku kt aku. Nk tau apa dia??? Aku MAIN FUTSAL!!!!!!!!! Kahkahkahkahakah!!!!! Since 2006 aku rasa aku dah stop main futsal…. Almost 2 years plus plusss!!!

Bertempat kt Sports Planet Shah Alam, tepat pukul 2 petang, aku ngn Ejai, Samdan and Fat sampai ke destinasi…. Hari tu kitorang ada battle ngn geng dari Subang Jaya, aku ingat sorang je nama team mate diorang, Zainal sebab dia keeper. Team mate aku yang lain, Alan, Syah ngn Remi dah sampai dah…

Ketujuh-tujuh manusia di dalam team ni sumenya berbadan buncit tahap India mabuk. Aku rasa dalam team, yg paling slim sket, aku arrrr… yg lain… huh….. anak gajahhh!!! Hahahahaahahahhahahaha!!!!!!

Dengan penuh bangganya aku mengumumkan, team kitorang tak jaringkan sebarang gol pn. Malah, kitorang kalah ngn keputusan 12 – 0…. Diulang DUA BELAS – KOSONG!!!!! Punya laaa terror gol keeper kitorang, bola datang laju, dia mengelak seolah mengelak dari terkena peluru meriam… tak cukup ngn tu, tendang bola dari kotak gol pn sopan santun jeeeeeee…. Bengang betul aku!!! Siapa gol keeper tu nk tau??? AKU ARRRRR!!!!!!

Aku sememangnya kaki bangku…. Maafkan aku… Aku rasa kalau aku jadi keeper lagi, pompuan tendang penalty pn sure aku mengelak kot… wakakakakakakakaka!!!!!!!

Sejam main futsal, badan dah hangit…. Lepas tu lepak kt maple kt Shah Alam, semua team member aku bengang kt aku….. Aku tau….. ni sume salah aku… Hahahahahahahahahahaha!!!!!!!

Settle hantar Ejai, Samdan and Fat pulang kt umah diorang, ak pn pulang laaa ke umah… Aku pun tukar baju, tukar seluar… elok time aku nk tukar seluar…. Hmmm…. Baru aku sedar aku tak pakai spender or boxer…. Aku pakai sarung seluar pendek je tadi TANPA SEBARANG BACKUP SAFETY… HAHAHAHAHAHAHAHHAA!!!!!! Aku terfikir balik time aku jadi keeper tadi, kalau laaaa aku tak mengelak bola-bola yang datang tadi and terkena kt HERO aku ni, sure….. adeeeehhhh…… senak plakkkkkkkk rasa….


NASIB BAIKKK AKU MENGELAK…..