Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Monday, March 16, 2009

Be Yourself???

Pernah tak dengar ungkapan yg selalu kuar dari mulut orang "Be yourself???"

Kat mana kite boleh apply perkataan BE YOURSELF tu???

a) seorang minah seksi mengaku Islam dan mengaku anak melayu jawa, nak berpakaian seksi kt sebuah majlis perkahwinan anak tok imam.

b) seorang lelaki berseluar pendek paras peha ngn berbaju hitam tulisan Slayer, berlari2 ke tandas masjid sebab tak tahan nk berak yg mana time tu Azan Asar sedang dilaungkan. Tandas awam yg lain JAUH LA PLAK... Masjid je yg dekat.

c) seorang andartu berumur 46 tahun, mukanya tak lawa yg akan blind date dengan jejaka internet buat pertama kali. Perlukah akak tu jadi her self?

d) seorang performer perform BE AS HIMSELF, penonton ternganga2 tgk dia perform time tu, seminggu kemudian dia ada show lagi, perlukah dia BE HIMSELF lagi?