Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Thursday, March 12, 2009

kisah muda2 LYDIAS DIERY - camne PIKO Marionexxes tlg Lydias Diery

Early year to the middle year of 2007

LYDIAS DIERY’s LINE UP:

Botaq: Vocal /Guitar (aku menetap di Shah Alam time tu)
Asrap: Lead guitar
Dzul: Bass
Applin: Drum


“Botaq…. Band ko pe citer skng??? Dah ada pengganti Aus (ex bassist Lydias Diery 1st line up) and Lee Ja (1st drummer Lydias Diery) ke????” Piko (band MARIONEXXES) tanya aku.

Time tu, aku selalu lepak ke Petaling Jaya kt umah Piko…

“Hmmm okay… but after Aus and Lee Ja kuar, slow sikit la nk gerak… Tapi dah ada pengganti dah, Applin ngn Dzul…”

“Show camne?” piko tanya lagi….

“Hmmmm… gitu arrrr… tak kencang sangat….”

Borak punya borak…. Last2 Piko ajak aku main join show street performance…. APA BENDA TU????????

Piko jelaskan kt aku, street performance ni adalah satu space utk lepaskan wateva bakat tak kire arrr poem ke, lakonan 15 minit ke, nyanyian ke, magic ke, skateboarding ke, apa2 laaa, n sume show tu dimainkan kt tmpat2 public… Senang citer BUSKING…

Kalau korang sume nk tau, zaman 2007 time tu, orang tgh gile main music dijierodoo (main tiup2 buluh panjang tu)…. Aku start ushar scene2 dalam street performance ni… aku pn terkejut, aku pernah tgk Mohd Jayzuan and Myo Oh Chentaku join scene street performance ni yg mana mostly dimonopoli oleh golongan2 pemain dijierodoo.

Main kt gig2 indie is totally different from Street Performance… As for aku, aku rasa on dat moment laaa sebelum zaman2 indie meletop, Street Performance adalah salah satu cara nk expose aku punya style of music… tak cukup ngn tu, jgn terkejut kalau SEORANG street performance artist ni boleh kutip rm200 satu hari punya show jeee…

Aku dah bermula berminat ngn scene STREET PERFORMANCE ni…. Tapi aku tak join Piko… Piko just buka mata kt aku how amazing the scene was!!!! Mcm mana meriahnyeee orang2 tgk performer tu perform, mat salleh taruk duit kt tabung rm50, rappo yg sangat kukuh antara performer ngn penonton…..


Again aku repeat, aku tak join PIKO sebab aku tgk geng2 Piko focus kepada permain dijiridoo, extreme, n spray2 dinding tu, graffiti ke orang panggil?? Ntah…….

Aku ada kenalan in which dia adalah part time lecturer kat UiTM Shah Alam yg mengajar koz2 art and design… HAZMI SHOROIN nama dia…. Skng dia adalah pengerusi JEMARI TEAM Malaysia… (sila rujuk KAKISENI.COM kalau tak pernah dengar apa benda JEMARI TEAM tu). Aku suggest kan kat Hazmi Shoroin, aku panggil dia Che Mie, utk buat benda2 street performance ni…. Dia berminat, n time tu bermula arrrr empayar JEMARI TEAM yg mana ahli2nya adalah aku sndri ngn pelajar-pelajar UiTM Shah Alam, Universiti Teknologi Petronas and UiTM Seri Iskandar.

Matlamat kami time tu, JUAL BARANG ART PELAJAR2 ART & DESIGN UITM. Manakala pelajar UTP, lebih cenderung ke arah 15 minit sketsa teater, shuffle and skateboarding. Dekat sini, Lydias Diery adalah artist utama Jemari Team yg memainkan music akustik setiap kali show.

Benda ni takde laaa sesusah mana pn nk organize…

- pegi pejabat bandaraya, determine location ngn jabatan penilaian samada boleh buat street performance kt location tu or not…
- kalau lulus, n dah determine masa dia, pegi kt jabatan bendahari bayar RM30 utk sehari street performance…. Diulang RM30 jeeee…….
- Then bawak laaaa alat2 Uitm mcm PA System and apa2 yg penting… free je pn… Che Mie yg handle benda tu…


Maka bermula la Lydias Diery ke scene STREET PERFORMANCE ni… hasilnye??? DUIT!!!!!!!!! Memang kaya arrrrr…… aku rekod lagu Lydias Diery bodoh2 jeeeeeeeee, live recording lagi, ada jeeeee orang membeli…. Kahkahkahkahkah!!!! Tak cukup ngn tu, wang donation dari orang awam pn dapat… jualan barang2 art and design pelajar2 pn dapat… share sama rata…. Sehari punya show leh cecah kutipan RM3000++ arrrr…. Haaaa kalau 2 hari camne???

Lydias Diery pernah join street performance bersama Jemari Team dekat UTP, USM, Hotel Hill City, Johor Bharu…. Tak ingat dahhh…. Sampai skng Lydias Diery masih join event2 anjuran Jemari Team….

Tapi, joining street performance scene ni, tak laaaa membantu sangat nk push band Lydias Diery…. Aku pn tak tau… aku punya teori merasakan street performance ni lebih ke arah the whole and concept event tu sndrik, so musician tak leh dapat ruangan utk exposure tu lebey2… aku rasa arrr….

Maybe platform indie musician lebih sesuai utk bermain gig…. Aku rasa arrr…

Ntah laaaa… whatever pn, Lydias Diery must need more exposure!!! Yuppppp…. EXPOSURE!!!!!!!!!!!