Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Thursday, March 12, 2009

kisah muda2 LYDIAS DIERY ke KL - SKIZO STUDIO

Citer masa mula2 menceburkan diri ke dalam bidang gig dan independent scenario nih, bnyk sejarah yg tak tercerita utk share ngn korang.

Cume dalam citer rini, ak nk post story masa Lydias Diery start menapak ke Kuala Lumpur selepas bermula kt Shah Alam.

Masa zaman2 kt Shah Alam tu, Lydias Diery ada masalah ngn line up. Time tu line up, Botaq, Asrap, Dzul ngn Applin. 4 orang je line up. Sejak start pindah ke Kuala Lumpur Dzul and Applin tak dapat nk kasi komitmen dah. Usually, kami selalu pakai back up drummer nk ganti Applin, mcm aku citer kt previous post, kitorang selalu pakai Ayid Sonic Mush utk jadi drummer spare part.Tapi, skng dah takleh nk pakai Ayid dah, dia masih duduk kt Shah Alam sedangkan kitorang dok kt Kuala Lumpur. So, most of the time tu, Lydias Diery banyak main show yg unplugged or akustik show je.

Kisah bermula…. Kt satu tmpat, yg terletak di Taman Shamelin, sebuah studio yg indah namun mengerikan, yg bernama SKIZO STUDIO, TAMAN SHAMELIN.

TRUTTTTT… TRUUUTTTTT……

“Heloo….” aku jawab hp aku.

“Botaq ke ni??? Aku Fendi, band Exaura yg selalu sembang ngn ko kt myspace tu….”

“Haaaa…. Apa citer?” aku balas.

“Wehhhh…. Ko leh tak jadi session gitar utk band aku? Band aku tak cukup line up… lagi 2 weeks ada gig…”

So everything bermula kt sana…. Aku start kenal ngn Fendi. Then aku kenal Ejart yakni bassist Lydias Diery skng sebab dulu Ejart was bassist band Exaura. N also, aku kenal Cdoth dari band Spritz sebab dia jadi session utk band Exaura plus dia bekerja kt Studio Skizo.

Band Exaura ni kerap jamming kt studio Skizo ni. Mula2 aku lepak kt sana, aku just rapat ngn Fendi, Ejart, Cdot jeeeee… yg lain2 lepak kt sana aku sembang gitu2 jeeee… maybe blom selesa lagi kot.

Aku dah mula start main jamming ngn band Exaura… Aku tgk Cdot main drum… Waaaa!!!!!!!! GEMPAK GEMPAK!!!!!! Aku dah tersengih dah dalam hati… “Ni boleh jadi drummer back up Lydias Diery ni….”

Hari demi hari, ada gig ke takde gig ke, band Exaura confirm akan jamming Jumaat, Sabtu n Ahad. Sampai la satu hari tu, Fendi dah jadi lain mcm…. Dia dah nk tarik diri dari main music dah… So hilang laaaa Exaura…. Keseronokan aku bersama Exaura cume sementara jeeee… Kalau tak, confirm band Exaura ni boleh jadi band mcm Force Vormit.

Tinggallah Ejart yg masih sangapppp utk main music…. Takkan dia sorang je nk main bass dalam Exaura??? Tul tak????????? Kesiannnn dia…. Jadi ak pn invite la Ejart join Lydias Diery main bass… Ejart setuju….

Aku pn start kontek ngn Asrap,

“Asrap, kite ada line up baru, main bass, Ejart nama dia… lepas ni ley laa kte jamming”

“Habissss siapa nk main drum???” Asrap balas.

“Takpeeee, aku ada player simpanan, Cdot nama dia…”

So, aku bawak Asrap ke pusat baru tmpat lepak Lydias Diery… Restoran Mamak ABC yg dekat giler ngn Studio SKIZO tu. So, hari demi hari,aku ngn Asrap ajar Ejart lagu2 Lydias Diery n also ajar Cdoth kasi guide drum pattern lagu2 Lydias Diery.

Praktis punya praktis punya praktissssss…. Show takde gak… leceh betul…. So aku ngn Asrap telah membuat tindakan drastic ngn organize gig sndrik. Buat gig kt mana?? Kt studio Skizo gak… besorr wooooo stage Skizo studio tu…. Tu antara gelanggang gig yg femes gak laaa kt KL time tu.

Dengan berkongsikan duit, kitorang pn organize gig n main kt gig sndrik… income pn agak memang boleh balik modal…. Ak rasa crowd kt sana takde masalah perihal tiket, crowd kt sana willing utk bayar rm10 utk gig kt sana… So dari sukses satu gig, kitorang organize lagi gig ngn collaborate third party plak. So dari situ, kami lebarkan network… invite band A dalam gig kitorang buat, then bila band A plak organize diorang plak invite kami. Mcm tu la citer dia….

Start daripada tu gak, kitorang establish syarikat event management kami sndri dinamakan Imagica Music Resources. Pernah gak kami collaborate ngn big party mcm burger king, kris lagenda, go community plus kami juga start collaborate ngn syarikat2 yang menjalankan kempen2….

Ok back to the topic pasai Skizo studio… studio Skizo ni dimiliki oleh abang Arul. Abang Arul ni laaa insan yg bertanggung jawab memperkenal Wan (drummer Lydias Diery skng) ngn Megat (2nd gitaris Lydias Diery) kt kitorang…. Wan ngn Megat ni memang dah kenal lama dah… Bermula dari sini laaa Lydias Diery jadi 5 orang line up dia in which aku (Botaq) amik tempat as totally singer utk Lydias Diery.

Dah lama kitorang jamming bersama2, rpanya baru laaa aku tau yg Wan partner owner studio skizo…. Manakala si Megat tu plak, keje ngn skizo entertainment dalam keje2 cari new talent.

So dari sana, kitorang totally guna apa benda asset yg ada kt Lydias Diery ni utk perjuangkan music kami… Bila ada je mana2 company nk pakai barang2 music Skizo, Wan akan paksa organizer tu jemput kami main show diorang… tu secara tak langsung tlg kami nk promote diri kami… Wan ngn Megat gak laaa yg memperkenalkan Lydias Diery ngn krew Most Wanted Unit yg galak menjalankan aktiviti2 kempen ngn show2 kat Bukit Jalil. Start daripada tu, kami galak main show utk event kempen rather than indie gig….

Suatu hari bulan June 2008, berita menyedihkan berlaku…. Skizo terbakar…. Byk barang gak yg rosak…. Skizo nyaris2 bangkrap…. Wan pening kepala, Abang Arul pn pening kepala… Maka tepat bulan Julai 2008, SKIZO STUDIO pn tutup…

Wan pening kepala, lalu melarikan diri ke Singapore amik kursus belajar selama 6 bulan. Megat pun sama, sebab efek kt income dia gak, Skizo dah tutup, maka dia keje ngn Skop Production sekejap lepas tu.


BERSAMBUNG….





KORANG TGK LAA BETAPA LUAS NYEEEE RUANG STAGE DIA... KURANG BESAR SIKIT JE NGN PAUL PLACE










NI GAMBAR KITORANG KT OFIS SKIZO