Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Wednesday, March 11, 2009

kisah muda2 LYDIAS DIERY - SHAH ALAM

Gilerrrr rindu bai kat Bandaraya Shah Alam and rakan2 seangkatan kt Shah Alam dulu. Kat Shah Alam la Lydias Diery mula menapak bermain music...

Aku ingat lagi, dulu kitorang selalu lepak kt studio Purple Haze kt Section 7 baru, then kadang2 jam kt Studio (tak ingat nama dia apa)milik bapak Bono ex-vocal Lovesick Avenue... kt studio tu selalu je kami lepak ngn rakan2 band Sonic Mush and Green Paver. Dulu selalu je main2 rembat session, tak cukup korum nk main gig, rembat bandmate ni, then rembat bandmate tu plak... wakakakakakakaka!!! n paling byk jadi mangsa rembatan kitorang, si Ayid dari Sonic Mush, jadi vocalist ada, jadi guitarist ada, drummer pn ada.... Baguihhh Ayid ni, multi player banget!!!




Then, kat Shah Alam gak la, kite bertemu ngn manusia bernama Zarul dari Abstrak Hingga ke Bulan, dia ni dulu gitaris kumpulan Dva. Zarul gak banyak perkenalkan aku otai2 gempak kt diri aku yg hina dina ni... Selalu jeee ak nengok si Kusha bassist diorang tu jammin, tgk jari dia yg melampau laju memetik bass... Fuuhhhh!!!!!! Tak kisah laa ada orang power dari dia ke idak, janji aku suke Kusha punya style main bass.



Selang lepas tu, kitorang lepak kt Studio lain, STUDIO KT SECTION 18 milik Afiq Criedbaby, skali lagi ak tak ingat nama studio tu... kt studio ni, perrrgghhh... JGN CITER arrrrr!!!! Seronok giler lepak kt sana... Kat sana aku kenai Afiq and Naim, 2 2 orang ni laaaa yg aku byk simpan kata2 hikmat diorang... Ayat2 yg terpancul keluar dari mulut diorang tu memang 100% boleh masuk otak... Mean, jenis cakap ada point laaa... Tq laaa Afiq... Aku cayanggggg ko...






Lepas tu, aku pn pindah ke Kuala Lumpur, paling best, sume line up Lydias Diery dah dok kt KL. Ada yg pindah keje, ada yg pindah umah, ada yg dah habis belajar kt Shah Alam.

Then, bermula la kehidupan Lydias Diery kt Kuala Lumpur... Apa2 pn, walaupun sume line up dah tak dok kt Shah Alam dah, kitorang tetap mengaku kitorang band Shah Alam... Knp??? Sebab Shah Alam tu bestttttttttttttttttttttt