Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Wednesday, February 25, 2009

PESANAN AISYAH kt aku

“Helooooooooooo Aisyah!!!! Botaq ni… busy ker?????” aku call Aisyah, member aku time aku kt UiTM dulu….

“Haaaa botaq??? Awat??? Aku baru lepas masak nasik ni…”

“Aisyah… hang kena tlg aku gak…. Sabtu ni aku ada 1st date ngn awek myspace.. aku dah lama berkenan kt dia ni, ni laaaa 1st time dia sudi dating ngn aku… tlg aku weh… aku ada masalah penampilan ni…..”

“Hek eleeeee….. hang ni arrrrrr…. Ingat aku perunding imej ker? Aku nk kasi nasihat apa ni???”

“Alaaaa… ko ni… dengan aku pn kemut ilmu… ajar laaa aku… ko kena tau, dah lama aku membujang sejak berpisah ngn Hani dulu…. Tlg arrrr…. Each time aku dating ngn awek, sure awek dah tak nak jmpa aku lepas tu dah….. aku tak nak laa mcm dulu lagi…”

“Hahahahahahaha… tu la hang…. 1st impression tu penting beb!!! Awek ni pentingkan 1st impression hang tau tak!!! Hang tu takde 1st impression, tu pasal takde awek nk dating ngn hang dah 2nd time”

Borak punya borak dalam tipon, Aisyah kasi tips kat aku pasal mcm mana nk tampil ngn gentle buat pertama kali ngn awek… Ni aku nk share sikit tips ngn korang pasal nasihat Aisyah ni… Aisyah ni bukan laaaa pakar perunding pn, tapi masa zaman2 aku kat UiTM dulu, dia ni boleh tahan gak orangnyeeee…. Muka cantik giler babi, body mantopppp, badan dia wangi, peramah…. Tapi last2 balak dia adalah seorang jejaka yang taraf mukanye seperti Azwan Ali zaman rancangan AMBOI AMBOI AMBOI atau ngn erti kata lain, TAK KACAK laaaaa….. tu aku pelik, mcm mana laaaa boyfren mcm tu leh dapat gadis mcm Aisyah tu….. So, di sini adalah tips bagaimana yang diceritakan oleh Aisyah, si kembar Azwan Ali tu boleh menambat hati beliau buat pertama kalinya 1st date.

-bahu kena menarik…. Bahu yg menarik adalah bahu yang tinggi dan agak rata. Gadis tak mungkin akan tertarik ngn laki yg ada bahu curam ke bawak sikit…. Sebab bahu tu umpama satu asset keseksian yg perlu ada pada setiap lelaki…. Hmmmm, nmpak nye lepas ni aku kena p gym laaaaa work out bahu aku…. Hehehehehehehehehe…

-mata pn mainkan peranan penting… digalakkan utk menanggal spek mata bile bercakap ngn gadis kalau lepak kt meja maple or tmpat makan or mana2 kedudukan yg rapat ngn si gadis pasai, si gadis ni memang suke tgk mata laki… gadis menilai orang lelaki dgn bacaan mata…. Fuhhhh mcm bomoh n tukang tilik plak diorang ni…. Kata Aisyah, dia tak suke tgk laki yg mata dia liar, tak berani tgk mata ke mata and mata yg layu… sebab dia suke mata yang konfiden… yakni mata laki yang memandang mata beliau ngn tepat apabila berkomunikasi…

-kuku kena bersih… sebab kuku bersih menunjukkan laki tu pembersih walaupun pakaian dia tak stylo mylo… sebab jari tu nanti laaa yg akan menyuapkan nasik minyak kat mulut Aisyah nnti time makan beradab time dia kahwin nanti….

-laki kena la mempunyai pendengaran yg baik… kata Aisyah, pendengaran yg baik menunjukkan laki tu mempunyai daya otak yg cerdas…. Sebab apabila kite mendengar words by words yg came out dari mulut gadis tu, dengan menjadi pendengar yg terbaik, otak kite akan berjalan utk kumpul segala maklumat dan kite akan balas balik respon kite terhadap cerita si gadis tu secara logic n rasional. Pendengar yg baik gak dianggap sangat cool sebab automatikk respon yg laki akan beri pastinya rasional n logic bile laki tu dengar dengan teliti…. Secara tak langsung, laki tu akan dianggap bijak.

-bile jmpa je ngn muka si gadis buat pertama kalinya, pastikan mulut SENYUM!!!!!! Pompuan sukeeeeeee giler kt laki yg murah dengan senyuman…. Kalau boleh, bile senyum tu make sure ada kuar sikit suara senyuman yg seksi meaning tak terlalu kuat gelaknyeeee, tak terlalu perlahan sangat volume gelaknyeeee… sedang2 ajaaa… kata Aisyah lagi, tu pasal sume gadis suke tgk budak2 baya umur setrahun 2 tahun tersenyum riang, sebab gadis2 akan turut sama rasa riang gak… senjata utama utk menjalinkan persahabatan antara gadis ngn laki adalah senyuman…..

Hmmmmm itu sajalah tips2 yg diberi oleh Aisyah kt aku…. Actually ada banyak lagi tips aku kutip dari gadis, bukan Aisyah jeeeeee…. Next post aku share tips dari Yana plak, member aku yg pernah aku ajak couple tapi last2 dia tak nak kat aku then dia couple ngn orang lain…. TUNGGGGGUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!