Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Tuesday, March 17, 2009

SALAH KE DIA KASI PENDAPAT?

Musa baca blog seorang otai puisi dalam satu posting beliau bertajuk “Sume orang nk jadi Mat Puitis”

Musa ni keje dia reporter dan juga penganalisis maklumat. So, dia pn kontek la si otai puisi tu sebab nk wawancara pasai isu semua orang nk jadi mat puitis.

“Hi pe kabor sihat???” Musa tanya

“Sihat…” balas otai puisi tu.

“Knp ngn ko yg ko mcm bengang orang mencemarkan dunia puisi tu, ngn puisi murahan and takde nilai??” tanya Musa

“Aku suka puisi…. Aku tak suka orang yg berpuisi tanpa ada soul… Nmpak sngt mereka ikut trend skng… kalau skng tgh indie, diorang pn indie”

“Ooooo…… so??? Apa masalahnya?” Musa sambung

“Masalahnya banyak datang kuantiti tapi kualiti langsung takde”

“Maksud ko?”

“Maksud aku, budak2 sume nk berpuisi…. Mcm tumbuh cendawan… tapi kualiti ntah ke mana!!!”

“Oooooo….. Mcm mana ko nk tgk KUALITI kalau KUANTITI nya TAKDE?… Bukan ke pembaca atau pendengar yg menilaikan?” tanya Musa.

“Errrr… bukan tu maksud aku…Entah laa susah nk explain”

“Ke… ko takut saingan??? Atau pun ko suke bidang puisi ko tu dimonopoli oleh kroni ko jeee?”

“Hotak koooo… takde laaa mcm tu…”

“Then knp ko menghalang???” Musa cube perangatkan keadaan…

“Errrrr….” Si otai puisi membisu


INTERVIEW SESI KEDUA PN BERMULA…

“Ok otai puisi, aku nk tanya ko pendapat sikit” tanya Musa memulakan sesi interview yg kedua.

“Silakan…” jawab otai puisi

“Ko tau tak kat Amerika Syarikat, rhyming or rapping dikalangan orang negro tu pada awalnya adalah trend dan lama kelamaan ia dah menjadi satu budaya di kalangan orang negro kt sana?” tanya Musa nk test IQ si otai puisi tu…

“Tau…” jawab otai puisi

“Apa komen ko?”

“Bagussss… Sebab diorang leh bangga ngn nilai rapping malah nilai rapping dia tu dah terkenal sampai ke peringkat dunia”

“Kalau ko tau, knp ko mcm menghalang trend puisi di kalangan budak2 baru nk belajar puisi ni?”

“Ada ke aku menghalang? Aku Cuma cakap aku nk kualiti bukan kuantiti!!!”

“Ko tau tak jumlah penduduk Amerika Syarikat yg mana kalangan orang negro tu plak berapa ramai orang? And berapa ramai pulak yg ikut budaya Rapping?

“Ntah leee… aku tak tau..tapi ramai arrrrr..ngape?” tanya si otai puisi

“Bila dah terlalu ramai kuantitinya, ramai gak yg bersaing utk menghasilkan yg terbaik dari segi rhyme or rapping mereka… dari situ, si pemilih akan memilih yg terbaik dan yg terbaik tu laaaa yg betul2 dinobatkan sebagai terbaik”

“SO????” otai puisi pura2 tak tau…

“So…. Wujudlah satu kualiti yg paling baik dikalang juta2 rapping or rhyming terbaik di Amerika Syarikat tu… dan selepas itu, si pemenang akan cuba maintain kualitinya, manakala si kuantiti yg lain akan cuba melawan si kualiti tu”

“Ko silap bro, sebenarnya ramai rapper yg terbaik kt Amerika tu berbanding yg ko tgk kt MTV tu… cume diorang tu tak dapat exposure”

“Tu masalah mereka, siapa suruh tak gunakan ruang yg ada?” jawab Musa plak.

“Mungkin masalah, seperti kewangan ke… apa ke”

“It’s all about winning in order to be the best… not about problem”

“Ko ni mcm nk menghina aku jeee… ko pehal” otai puisi bengang

“Aku bukan apa, just nk kasitau jeee… orang seperti ko ni, bile dah ada cendawan yg mekar tumbuh di taman, ko mengeluh, tapi bile cendawan dah pupus ko salahkan pihak lain…. Bila indie tgh naik, ko mengeluh ramai, tapi bila music Malaysia jatuh, Indonesia masuk, ko plak salahkan pihak radio”

“Eh sudah laaa ko…. Pegi jahanam la ko” kata otai puisi tu sambil blah dari tmpat interview


MUSA TERPINGA-PINGA…. SALAH KE DIA???