Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Thursday, May 21, 2009

Memori lama

Bulan puasa tahun sudah punya citer…

Flight nak pi Russia dari Malaysia pukul 3 petang.

Aku ngn officemate aku, Fat, kena p kt Russia sebab urusan keje.

Perjalanan nk p Russia dalam 12 jam gitu….

Dalam flight, aku ngn Fat tak putus2 tgk jam…. Bile laaa nk pukul 730 nih??? Ahhh… baru pukul 5, layan tido dlu….

Sedar2 dah pukul 8.00pm waktu Malaysia…. Aku kejutkan Fat.

“Oitttt…. Pukul 8 dah…. Bukak pose!!!!!”

Fat bukak mata… tak banyak cakap, dia panggil stewardess order air….

Stewardess bawak air 4 gelas,2 utk aku 2 lagi utk Fat… tak banyak cakap, kitorang teguk air cukup2 mcm orang giler.

Then ada sorang steward datang kt kitorang,

“Encik… hari masih siang lagi ni… belom time bukak pose” sambil tunjuk kt tingkap kapal terbang yg hari masih siang.

“Aikkkk??? Skng dah pukul 8pm waktu Malaysia ni encik oittt… dah time bukak pose ni!!!!” aku sound ngn konfiden.

Ngn senyuman manis steward tu cakap,

“Kalau encik dari KL balik ke Ipoh… encik dah sampai ke Ipoh… kt KL bukak puasa pukul 7.31 petang, kt Ipoh 7.33 petang, takkan kalau encik kt Ipoh, encik nk bukak puasa ikut time KL plak kn???????”


“Erkkkkkkkkk??????????????!!!!” aku ngn Fat tergamam… Kami suruh steward tu amik gelas2 tu balik… kami pura2 tido… dalam hati malu giler babi kt stewardess2 cun kt dalam tu…

Aku try recall balik versi melayu niat puasa yang ustazah sekolah rendah aku ajar..

“Sahaja aku puasa esok hari di bulan Ramadan tahun ini dari terbit fajar matahari hingga TERBENAM matahari kerana Allah Taala”

Oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!!!!! Baru pakcik paham…