Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Thursday, May 21, 2009

Aku hanya melihat 4, rupanya ada 5

Aku ada mata dan aku juga ada telinga
Aku perhatikan dan mendengar setiap sehari pastinya akan ada 5 laungan menyeru manusia untuk memperhambakan diri mereka

Aku melihat mereka bersalaman, memberi senyuman antara sama lain, entah mereka mengenali sesama mereka atau tidak…. Tapi ia sangat indah…

Aku tahu mereka menahan kelaparan… ahhhh… perit!!!!!!
Tapi indah!!! Saat mereka menjamah makanan bersama keluarga dan teman rapat sambil menadah tangan tanda kesyukuran…
Aku lihat si kecil berumur 7 tahun menjamah makanan dengan gelojoh menikmati makanan setelah menahan kelaparan di siang hari…
LUCU!!!! Tapi tetap indah.


Aku suka melancong beramai-ramai
Ahhhh…. Indahnya mereka itu….
Setiap tahun berkumpul menuju ke suatu tempat dengan berpakaian sedondon
Dari golongan muda hinggalah tua
Si tua dipimpin oleh si muda… Si tua keletihan tapi masih tersenyum, si muda pula manis wajahnya

Mereka menghulurkan duit membantu si fakir
Indahnya senyuman si fakir menerima beras daripada si berada
Sifat saling membantu, sifat tidak mementingkan diri, sifat bersyukur.. waahhh INDAH!!

AKU INGIN MENJADI SEPERTI MEREKAAAAA!!!!! BAGAIMANA??? TOLONG AKU!!! BAGAIMANA?????????

2 hari selepas aku mencatit keindahan ini, aku bertanya kepada salah seorang antara mereka yang indah…

“Aku selalu melihat dan mendengar keindahan kamu semua… aku teringin benar menyertai kamu semua”

“Boleh… kamu perlu memberi hati…”

“Hati??????? Maksud kamu??? Untuk apa??”

“Hati kamu perlu akur pada kewujudan Allah dan kebenaran disampaikan oleh pesuruhnya, Muhammad SAW…. Untuk SYAHADAH, sahabatku, untuk syahadah”