Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Monday, May 25, 2009

Giler layan Def Leppard ngn Taylor Swift

Mungkin korang sume pernah dengar lagu Taylor Swift kt radio kt tv ke... tul tak??? Haaa... Taylor Swift ni dalam kategori penyanyi music country yg aku minat. Tapi still takleh lawan ngn Shaina Twain lagi... Shaina Twain tetap number satu di hati ku...

Def Leppard mungkin ramai yg tak amik port pasal band ni, rata2 aku tanya member aku, sume tak pernah dengar Def Leppard. Haiyaaaa... manyakkkk best wooo ni band... tu laaaaaa, korang lahir lambat sangat.. cube lahir time2 zaman aku. Sure korang layan lagu Def Leppard ni...Dalam Lydias Diery pn, ak ngn Botaq je layan Def Leppard... Lagi 3 ekor, huh.... nk sebut nama pn berbelit lidah..Kalau nk tau, Def Leppard ni laaa yg drummer dia yg kudung tangan tu..

Nih, aku search kt youtube, lagu duet antara Def Leppard ngn Taylor Swift... Cube kaji style lagu diorang... Smart beb..

Tp ak rasa kalau Shiana Twain ngn Def Leppard maybe lagi gempak... YEAAAAHH!!! LONG LIVE COUNTRY MUSIC!!!