Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Tuesday, June 2, 2009

Melabur ngn muzik bagi orang2 seperti aku yg malas

Ramai orang melabur. Ada yang melabur beli saham, properties, beli bon, buat bisnes, mcm2 arrr…. Tapi berapa banyakkah return pelaburan diorang tu?? Satu ketika dahulu, aku jumpa dengan sorang member aku bernama Roy, dia bekerja ngn BIMBIT.COM. And the story begin..

Trutttt… truuutttt…

“Heloooo…”
“Oitttt Botaq, Roy ni… can we meet tonite?”
“Ok… meet kt Pelita Nasi Kandar Ampang point, ko belanja aku”
“Set”

Malam tu aku jump Roy. Borak2 kosong dulu. Lepas tu, the serious talk start,

“Botaq, u ada buat apa2 investment tak?”

“Aiseeeeyyy… ko dah jadi peniaga MLM ke? Huhuhuhu”

“Bukan laaa… jawab laaa”

“Ada… aku buat bisnes sikit, then ada saving kt trust fund. Naper beb?”

“Ok…. How much does it cost for you to produce one song?”

“Around RM400. Tu termasuk kos recording, session and mastering bodoh2..”

“Woooowww….. agak murah tu… ok, kalau u ada RM400 you simpan bank or trust fund, berapa maximum return u boleh dapat?”

“Kalau trust fund mcm ASB tu, dividen paling hebat aku pernah dapat 10% jee.. itu pun setahun..”

“Yuppppppp….”

“So?”

“Do you know, antara investment paling bagus sekali is pelaburan karya… errrr…. In your case, pelaburan dalam muzik???”

“Tak paham… melabur ke muzik?”

“Yesssss!!!”

“In music, you can earn returns thru many ways”

“Hmmm… apa dia?”
“Such royalty for airplay, ringtone, download, jualan single/ep/album”

Roy tambah lagi,

“Imagine … one song cost you RM400, how many you can earn thru airplay kt radio?”

“I don’t know”

“Actually it depends, the more your song been airplayed, the more you can earn. You should know, stesen radio kat Malaysia ni ada berlambak2…. Kalau your song is good, that radio stations will play your song very often. Plus, royalty airplay is investment seumur hidup, u will earn your royalty seumur hidup”

Roy tambah lagi,

“Royalti bukan sekadar airplay, but kutipan royalty atas stage when your songs being played on stage, kutipan royalty karaoke…”

“Ok…”

“You’re indie musician, tak sign ngn mana2 pun. So, kalau you buat ringtone lagu you, tu pun duit gak…. Tau berapa you boleh dapat? At least 50% net value after tolak income paid to Telco Company. Imagine, lagu you tip top, orang request radio airplay hari2, orang buat lagu you jadi caller ringtone???”

“Hmmmm….. ”

“Skng banyak juga website2 yang sediakan system beli lagu thru online. Satu lagu RM3.00. Artist will earn RM1.00 to RM1.50 perdownload.”

“Alaaaa… tp skng banyak cetak rompak”

“At least try la…. Who knows??? Bukan bayar pn…. Free je… Apa la lu Botaq….”

“Ok… apa lagi benefit dalam music investment ni?”

“Jualan single bukan online… Macam jual cd2 you kt orang”

“Tapi aku ni pemalas la Roy…”

“Ok…. Nevermind, you deal ngn distributor, then diorang yang buat kerja2, such printing and distributing your cd”

“On cost siapa plak???”

“Kalau you takde duit nk print sendiri, diorang boleh buatkan, usually diorang amik 70% u amek 30% dari net value”

“Mak aiii… cekik darah betul”

“Upah u punya kemalasan, u punya kedekut, n your kecut telor utk mengambil risiko jualan cd tak laku… berbaloi arrrrr u dapat 30% jeeee”

“Waaahhh…. 70% ek?????? KEJI!!!!”

“Yuppp… mereka keji, tapi you malas and bodoh!!!!”

“Hmmmm….. haruskah aku gelak or tending perut ko???????”

“GELAK!!!! HAHAHAHAHAH!!!!”

Lepas jumpa Roy, aku drive balik umah sambil berpikir. Apa yang Roy cakap maybe betul. Aku sendiri pemalas nak struggle, dah ada jalan, kenapa tak nak guna?????

Selang beberapa minggu, aku try cari connection how to sell my music…. Dapat!!!!! Nama company takleh sebut dengan tujuan keselamatan mereka.

Ni apa yang aku buat,

- aku cari singer, member2 aku gak yg belajar kt ASK, aku bayar dia untuk melalak record lagu je, upah dia belanja makan minum dia… ekekekeekke… itu kire one time upah jeeee..
- buat lagu
- rekod lagu tu ngn rege RM400, one time pay

TOTAL COST RM400.

Syarikat publisher aku deal tu, dia tlg promote lagu2 tu ke radio2….

Please take notes, member aku ni tak menyanyi pn, dia still student, dia nyanyi kekadang je bile orang jemput. Senang citer, mcm vokalis band Fedora tu, dulu dia masuk AF tapi tak menang, skng, dia nyanyi2 ikut function jeee…

Tarikh aku selesaikan kerja ni sampai aku sell song ni dalam September 2008.

Collection sales ringtone/download (digital) akan diberitahu setiap bulan kepada pihak publishing. Publishing pass info sales kt aku every 6 month dari tarikh aku sign deal ngn diorang or on request pn bley asalkan more than 3 months..

Collection royalty airplay utk badan MACP n so2 on, utk sign yg pertama, info income akan dapat after 2 years, then it will be annually… itu deal aku….

Skng, tarikh 1hb June 2009. Aku request statement ringtone/digital download dari publishing company aku deal tu…
Accumulate income after deduct Telco, n publishing, aku dapat RM860.25. Itu net yg aku boleh dapat….

Aku call Roy, aku cakap,

“Oitttt…. Roy, aku invest RM400, aku dapat skng, RM860.23, untung RM460 jeee..”

“Tunggu laaaaa…. Airplay blom kira…”

So, kutipan digital dah dapat, kutipan airplay blom lagi…. Setau aku, lagu tu tak meletup laa sangat pun…. Tp who knows… tgk je laaa….

Walau apa2 pn, aku still have EXCLUSIVE right towards my own song composition.

Roy tambah lagi time aku sembang tu,

“Tp arrr Botaq, utk royalty airplay, itu singer yg nyanyi lagu you tu kena dapat bahagian gak tau…itu memang prosedur… u tau kan???”

“Ooooo… I tau I tau…”

Aku tanya Roy, how can aku boleh cecah sampai angka rm800 lebey tu utk digital collection tu?

“Satu lagu orang buat caller ringtone, u boleh earn 36 sen to 58 sen…. Dalam Malaysia ada ratus ribu orang pakai hp… takkan la takde 300 orang nk buat caller ringtone lagu u???? Sebab, caller ringtone, everymonth orang akan renew the song which charge rm2.00. Dalam ratus ribu pengguna internet di Malaysia, takkan la takde puluh2 orang beli utk download yr song”

Roy tanya lagi,

“Cd singer you tu, u tarak jual ka???”

“Takde… aku malas….”

“Haiiiiyaaaaaaa…. Ada peluang duit tak nk buat… teruk la lu… Mcm ni, I rasa kalau you malas, kite try push lagu u buat utk itu singer masuk compilation mana2…. Mcm compilation soundtrack ke”

“Haaa cantik gak tu, aku kan pemalas… aku nk invest jeeee.. buat2 keje ni aku tak nak… mcm mana tu????????”

“Nanti arrrrrrrrrrr….. kasi pekena nasi kandaq la dlu… U belanja I” balas Roy cube nk tiru pelat utara…

Hmmmm…. Duit thru kompilasi soundtrack album??? Cmne ek???????? TUNGGUUUUUUUUUUU…….

TO BE CONTINUED


P/S : dalam citer ni, aku cume tuliskan, how u can make money with music… sekadar investment yg goyang kaki… tp skng zaman indie, sikit2 independent, sume nk DIY… benda tu bagussss… tp kalau orang seperti aku yg pemalas nk jaja2 muzik secara runcit ni… better aku appoint orang yg leh kasi duit kt aku, aku just goyang kaki je…. But whatever it is, aku still ada hak eksklusif utk karya aku. Jgn jadi aku, kalau ko mampu buat…. Tu nasihat aku… entry ni khas utk pengkarya2 indie yg pemalas.