Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Thursday, September 24, 2009

SELAMAT HARI RAYA KEEMPAT

SELAMAT HARI RAYA FRENS!!!!!!! GUWE DOAKAN HANGPA SUME SIHAT2....

Sempena raya ni, guwe nk mintak maaf zahir batin kat hangpa sume yer..
Jaga AKHLAK tu elok2... Bengang laaa beb, bile guwe pulang ke KL, (raya kedua), guwe tgk mat rempit makkkk aiiiiii siang malam dok willy kt tgh2 jalan... Mentang2 laaa jalan raya clear, suke hati depa jeeeee nk merempit... Sore azan asar langsung tak dengar, yg dok asyik dengar bunyi wennggggggg motor depa jeeeee... AKHLAK tarak kaaaa??????? BADIGOL SOOOTTTTTT...

Raya keempat guwe kat sini, kena jadi mangsa budak2 jiran umah guwe plak...

"ASSALAMUALAIKUM CIKGU OSMAN......... KAMI DTG NK BERAYA!!!!"

Aduhaiiiii..... pantang tgk pintu terbukak sket, budak2 sure serang punyaaaa... Housemate guwe ni pn satu, jemput anak2 murid datang umah plak... yang jadi mangsa guwe!!!!! Habihhhh dh kuih raya yg mak guwe kasi depa dah belasah... tali gitar kapokkkkkk guwe pun depaaa kasi putuihhhhhhhhhh...

TENSEN TENSENNNNN.........

ok... sempena raya ni, guwe dedicate lagu, Biarlah daripada Nidji kepada hangpa2 sume versi akustik yg ada 4 tali gitar...

Time ni raya kelima, baru bangun tido... Housemate guwe p kg baru beraya umah opah dia... So, takde manusia nk sembang, guwe layan gitar jahanam guwe sorang2 kat umah...

Enjoy... wakakakaakakakakaa!!!!!!!!

Sori yer, guwe tak reti main gitar...

-BOTAQ