Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Saturday, August 29, 2009

WE need PROMO TEAM!!!!!!!!!

Sori for the long delay not updating this blog. Guwe busy skang ngn niaga time pose ni... nk cari duit lebih... team lain yg update blog ni plak ntah tibe2 plak malas nk taip blog ni pun guwe tak tau pasal apa... N nk kasitau sumthing, Wan skng ada kat singapore tgh kursus keje dia... tu pasal dia tak update blog..... selalu dia yg update.

Ok, cukup pasal tu.

Nak citer pasal cari promo team... Skng ni kami perlukan bantuan readers2 sume utk vote kami di HOT FM.... lagu' MASIH' kat hot fm skng dah KUAR CARTA.... :(

Ni mungkin sebab kekurangan vote atau kami punya promo team tak cukup tangan nk compete mereka2 punya vote or maybe gak kedatangan baru artis realiti show yang cukup power dari segi power vote dia mcm Black Mentor yang menang tu....... Usah citer arrr, kat TV pn bley dapat vote tinggi, ni kan plak takat kat radio tu... sure orang kampung dia ngn fans dia vote lagu dia hari2....

Selain itu, kemungkinan besar lagi, kedatangan lagu2 Rossa, Agnes Monicca ngn several artis indonesia lain yang baru masuk carta HOT FM tu... Kena ingat, artis2 indonesia ni mempunyai pelabur yang sangat berani utk melabur duit besar utk beli vote atau bayar team voters utk vote artis2 laburan diorang ni.... lain la mcm kitorang Lydias Diery nih, cari sukarelawan jeee utk vote... hehehehehehe... kami miskin, tak mampu nk bayar team voters.

Teori lain plak, mungkin sebab sytem database kat Hot Fm utk vote lagu tu rosak... sebab guwe ada dapat news dari rakan2 yg keje kat sana, cakap system database utk vote lagu rosak beberapa minggu lepas, so pihak Hot Fm kendalikan kedudukan carta based on system REQUEST lagu... jadi dari situ, kedudukan berubah mungkin kerana pengiraan berdasarkan request yang kerap rather than voting method.

So, guwe nak mintak tlg vote and request lagu Lydias Diery 'Masih' balik kat ke carta Hot Fm.
Betapa pentingnya utk kami berada di carta atas sebab2 ni:

-memperkenalkan lagu kami kt listener. sebab lagu top 30 akan kerap diputarkan oleh deejay.

-utk dapat tajaan and also endorsement dari segi populariti lagu kami.. ngn erti kata lain, kami perlukan bukti kukuh tentang kekuatan lagu kami utk propose endorsement paperwork kpd prospek... Salah satu aspek yang akan diperhatikan oleh prospek sponsor ialah kekuatan lagu artis/band/musician tu kerap main di radio yang popular seperti Hot Fm atau Era Fm.

-kami perlu berada di carta utk join tour yang dianjurkan oleh stesen radio. Dari sini kami boleh promosi merchandise kami.

Banyak lagi sebab, tapi tu antaranya laaaa... Maybe guwe lupa benda penting knp sesebuah lagu tu kena ada di carta, tapi biarlah guwe tulis apa yg guwe ingat jeee....

Currently, we really need promo team at least 50 people ESPECIALLY those who have BLOGSPOT or WORDPRESS to keep track towards the chart and promo the song...
Ada sesiapa yang berminat??? Please email us at imagicamusic@yahoo.com (subjek: PROMO TEAM).... In return, kita akan bincangkan dalam email... takleh letak dalam blog ni.... STRATEGI NIH...... kang Black Mentor, Agnes Monicca ngn Rossa tau... ekekekekekekeekeke...

Kpd sesiapa nk vote tu, boleh vote kat link ni...


http://www.hotfm.com.my/hotfm_30.asp

Dan jangan lupa gak request...


http://www.hotfm.com.my/form_menumuzik_lagu.asp

Mengikut kajian NSR, Imagicamusic and Jemari Team (Asia), average yang kami perlukan vote ialah sebanyak 5000 vote dalam tempoh seminggu dan 400 request lagu MASIH dalam tempoh seminggu utk kembali dalam carta. Hmmm camne??? Boleh tlg kaaa???

Selain HOT FM, kami gak perlukan vote n request lagu dari radio2 RTM seperti KL FM, Muzik FM ..... ni pn jgn lupa vote.. sat lagi guwe update pasal radio kerajaan plak yang mana kami, Lydias Diery, pertaruhkan lagu KISAH CINTA NASI LEMAK.......

Ok sekian berita dan pengetahuan am... Mekacihhh..

-Botaq & As -