Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Monday, April 6, 2009

Siapa hero kamu???

Tadi saje laa aku browse kt myspace... tgk profile kawan2, saja nk tgk bahagian hero/idola yg diorang tulis kt myspace tu. Ada yg letak idola Nabi Muhammad (baguih), Tun Mahathir la, Rajni Khan Padaiyaappa laaa...

Tapi dalam byk2 profile aku ushar ni, aku tgk satu profile budak laki berumur 15 tahun, dari kuantan. Nak tau siapa hero dia..... takleh blah... dia tulis mcm ni

"PISANG PANAS!!!! PISANG PANAS... ABANG SALLEH YAAKOB"

Dalam pala otak aku, aku terbayangkan Salleh Yaakob ngn bini2 dia tu... Sure budak ni nk pasang bini 4 nih...

TAPI....



BAGAIMANA SALLEH YAAKOP leh kawin 3???

Huhhh….isu yg sangat mencemburukan diri aku…. Cilakak!!!!!!! Aku ni usahkan kawin 3, nak cari awek pn tak dapek2….

Cube korang piker, Salleh Yaakop bole kawin 3??? Mcm mana dia ayat isteri2 dia tu??? Kat mana hebatnyeeee mamat bernama Salleh Yaakop tu??? Ayatnya kah??? Wajahnye kah??? Perutnya kah???

Musykil musykil...