Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Tuesday, July 22, 2008

Jaga laaah kesihatan elok2...

Ahad lepas, Pak Su aku meninggal dunia. Umur Pak Su aku tak pun jejak 40 tahun lagi.. dalam lingkungan 38 tahun mcm tu... Tapi Pak Su aku dah pun meninggalkan dunia akibat penyakit kencing manis yg kritikal...

Al Fatihah kpd Pak Su aku...

Sabtu lepas, aku lepak kat umah kakak aku kt Tanjung Malim... Satu famili aku ada kat umah kakak aku. Mak, abah, kakak,abang azizi, ina n adik sedara aku Adi.. Family gathering...

Seronok jee aku lepak ngn famili... Dah dekat 2 bulan aku tak jumpa famili aku ramai2...

Planning hari ahad tu, mcm best je bunyinya aku dengaq mak aku cakap.. Tapi malam ahad tu dalam pukul 9 lebih, abah aku dapat call dari Pak Teh aku citer pasal arwah pak su aku... Abah ada je kat sebelah aku time tu... tgh tgk tv. Aku tgk muka abah aku, cara cakap dia mcm risau... Hati aku dah debar2... Apasal ni???

Apa yg aku dengar perkataan, "Illyas... Illyas... tenat..." dari abah aku time abah aku kat tipon.

Ahhhh.... Pak Su.... JANGAN LAAAA... tu laaa dalam hati aku... aku rasa lain mcm...

Mak abah aku plan nk balik penang jenguk pak su yg ada kat hospital... tapi dalam area pukul 6 pagi ahad esoknya, bunyi phone hp abah aku dering... pak teh call cakap pak su dah tenat sesangat... Abah aku kejut aku, kata siap2 nk balik penang... abah pun pegi kat bilik air nk mandi..

Then, kakak aku turun kejutkan mak aku... aku terdengar mak aku nangis...

"Illyas... illyasss.... innalillah..." mcm tu laa mak aku sebak menangis..

Pakcik Hasyim call kakak aku, cakap Pak Su aku dah meninggal...

Hati aku debar2... dalam pala hotak aku, aku terbayangkan abah aku jeee... itu jeeee... aku risau takut abah aku takleh terima... pak su tu adik kesayangan abah aku... aku dapat rasakan pak su memang manja ngn abah aku... sebab abah selalu cakap pasal pak su kalau tiap2 kali citer pasal pengalaman dia muda2 dulu...

Alhamdulillah laaa... abah leh terima pemergian pak su aku.. aku dengar sore abah mcm sebak tahan nangis bile mak aku kasitau pak su dah takde...

Kami satu famili terus pegi umah arwah... Masa dah sampai ke umah arwah... Aku tgk Pak Su terbaring kat katil... Rambut pakai kopiah (mak su aku yg letak gamaknya..)... muka Pak Su bersih jeee..

Mak aku masuk2 umah arwah jeee... bukak selimut yg selubung arwah, cium pipi arwah... Paling aku nmpak sedih, abah aku, dia mengalir air mata... Mak abah terus grab yasin baca yasin utk arwah...

Smpai la masa, pengembumian arwah pak su aku, aku tgk abah cube tahan sebak... Pak Long Man, Pak Cik Hasyim, Mak Teh, Mak Njang adik beradik arwah Pak Su diam n nmpak jelas sekali muka diorang sedih...

Apa2 pun, aku mengharapkan arwah Pak Su berada dalam golongan beriman... Janganlah arwah diseksa kat kubur dan akhirat nanti... Ampunkan laaa dosa2 pak su aku..

Aku juga harap, mak abah dipanjangkan umur, diampunkan dosa, dimurahkan rezeki, dijauhi perkara2 yg tak elok, disihatkan tubuh badan... Same goes to my sisters, abang2 ipar, sedara mara aku yg lain n diri aku sndrik... AMIN...

Aku gak mengharapkan supaya aku jadi laaaa manusia yg betul2 digelar Islam... aku takut, aku cuwak, kalau2 aku mati bukan sebagai Islam... jangan laaaa...

Itu laaa cita2 terbesar aku... mati sebagai umat Islam..


AMIN...