Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Saturday, July 19, 2008

AKU TAK PERFECT RUPANYA

CHAPTER 1

Tensen betul aku ngn boyfren aku nih…. Asyik lewat jeee time dating… dah dekat ½ jam aku tunggu kat midvalley batang hidung pun tak nampak…

Haaaa panjang pun umur dia…

“Eyhhhh u ni selalu datang lewat time dating… apasal lambat???” aku soal

“Sori laaaa Lydia…. I stuck kat traffic jam…” balas boyfren aku

“Alasan takleh pakai… lain kali dah tau jam, kuar la awal2.. Please laa don’t treat me like this next time”


CHAPTER 2

Tak guna punya boyfren….. dah pukul 1.30 malam dah ni… Sikit pun tak wish happy anniversary kat aku…. Apa punya boifren laaaaa tak ingat tarikh keramat…

Aku sms boyfren aku…….

“Sham… happy anniversary yg ke 3…. I never expect u leh lupa tarikh anniversary kite… u pegi laaaa enjoy ngn life u tu…. Siapa la I ….. tak penting pun utk u….”

Sham balas sms aku mintak maaf…. Malam anniversary yg best tu aku nangis2… aku betul2 kecewa ngn Sham… kenapa la dia tak faham perasaan aku ni….

Seminggu Sham try kontek aku…. Seminggu laaa gak aku tak layan call n sms dia… biar dia tau perasaan aku… jantan ni takleh pakai…


CHAPTER 3

“Tolonggg laaaaa…. Jgn laaaa buat mcm ni kat I, sham, I hate it… I pun ada perasaan…”

“Sorry….. I tak paham apa yg u nk…. I tak paham la perasaan perempuan nk???”

“Ok… let me remind u, kami perempuan pun ada perasaan gak… kami nk laki layan kami tak laa sampai istimewa sangat tapi at least, hargai laaa kami…. Kami bukan tunggul… ni tak, u sampai tak ingat tarikh ulangtahun kite, datang lewat, I nk kuar ngn ofismate I pun u tak kasi… I pun nk freedom gak… Kalau itu pun u takleh buat, kite pisah jeeee….”



CHAPTER 4

“Lydia……” satu hari kat Taman Tasik Titiwangsa, Sham melutut kat aku sambil hulur cincin kat aku…

“Apa ni Sham???”

“Jom kite kawin……”


CHAPTER 5

Hari sabtu hari tu, Sham nk perkenalkan aku ngn mak abah dia… Aku dress cantik2… nk ambil mak abah Sham… n paling penting BE MYSELF!!!!

Aku tolong mak Sham masak kat dapur sediakan makan tgh hari.. nak ambik hati katakan… tu kan criteria penting nk amik hati bakal mak mentua…. Pandai masak kena ada, muka kena manis, pakaian kena sopan…. Hehehehhehee…

Masa makan tgh hari sama2 ngn family Sham…

“Dah lama dah kawan ngn Sham ni, Lydia?” abah Syam tanya…

“Lama dah… dekat 3 tahun….” Aku balas.

“Hmmmm…… nk jadi menantu makcik ni, makcik kena soal siasat sikit… hehehehehe boleh tak?????” tanya mak Syam plak..


Aku dah gabra….. tapi aku try maintain ayu gak…

“Boleh… hihihihihi” aku gelak2 sopan…. Nk amik hati bakal mak mentua…

“Tarikh anniversary korang bile… cewaaaaaahhhh….. hahahahahahaha…” mak Sham tanya…

“Owwwhhh… 2 Julai 2005…alaaaa makcik nih….” Aku gedik2…

“Oiccccc…… tarikh lahir Rasullulah bila yaaa?????”

Aku tergamam……. Aku tak ingat…. Aduhhhhhh…. Knp aku boleh blurr ni… slalu ok jeee aku ingat time2 cuti awam ni….. aduuuuhhhhh…. Mamposssss aku……

Aku geleng kepala tak ingat… Mak Sham tersenyum jeee….

“Hahahahahaha…. Takpe….. Asar masuk pukul berapa yee kat KL skng???” tanya ayah Sham plak…

“Dalam2 area pukul 4.40 mcm tu…….saya selalu sembahyang lewat sikit….ada keje nk buat…”

“Isssshhh… skng ni asar masuk pukul 4.23 petang…. Tak elok lewat2kan solat….”

“Selalu jee saya jaga solat on time…. Tapi saya balik kerja pukul 4.30, balik naik kereta, sangkut kat traffic jam… tu yg lewat nk solat…. Tapi tak pernah miss”

Hahahahahahaahahaha….. padan muka aku….. traffic laa sangat….. aku kereta pun takde… balik kerja pun naik train…

Dekat 6 jam aku ada kat umah mak abah Sham… dalam pukul 8 mcm tu, kami pulang…


CHAPTER 6

Sms dari Sham…

“Esok kite jumpa tmpat biasa yeee… urgent!!!”


LAST CHAPTER

Aku dengan Sham dah takde apa2 dah….. Sham putuskan cinta kami yg kami bina selama 3 tahun…

Aku ingat, kemungkinan besar kalau putus cinta sekalipun, mungkin aku yg lafazkan… rupanya, Sham sndrik mintak putusss….. tak sangka2 betul aku…

Alasan, mak abah dia tak suka aku…

Knp mak abah dia tak suka aku…… aku masih ingat lagi kata2 terakhir dari Sham kat restoran kat titiwangsa…

“Cinta sebenar ialah cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW… kamu ingat tarikh ulangtahun cinta kita, tapi kamu tak ingat tarikh hari lahir Rasulullah…. Kamu marahkan aku sebab datang lewat bile jumpa kamu, tapi kamu tahu tak Allah marahkan kamu kereta lewat jumpa ngn Nya???”

“Terror masak, muka manis, gaya sopan tu bukan apa yg mak abah aku nkkan…. Apa yg aku nk dari seorang bakal isteri aku ialah seorang gadis yg direstui oleh mak abah kerana pemilihan yg berdasarkan seorang muslimah…. Please change yourself…”

Please change yrself??? Betul tu…. Nampk sangat bile aku jadi be myself, perangai aku mcm #$#$#%%!!! Ok……. Terima kasih Sham… terima kasih mak n abah Sham pasal bagitau aku benda2 ni…….

I’ll change my self to be better… dats a promise….