Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Thursday, June 19, 2008

Alam semesta ni kasi respon

Sebenarnya, banyak hikmah yang tersirat dalam apa jua cubaan yang mendatang. Sejak henfon aku hilang beberapa hari lalu, yang peliknya aku berjumpa secara kebetulan dengan kawan-kawan lama.

Kebanyakannya kini dah berubah, ada yang dah berkeluarga dan ada yang boleh berbangga dengan kerjaya tetap masing-masing.

Tapi, aku rasa pelik, sebab di dalam hati aku hanya teringin nak berjumpa dengan mereka satu persatu. Cuma bermula dengan niat, tapi terjadi secara kebetulan pula. Idea timbul, so sku buat sedikit research.

Apa yang aku nak katakan hari ni, bukan pasal kawan-kawan aku. Tapi, pasal alam semesta dan semua getaran tenaga listrik di dalamnya.

Dari apa yang aku baca, alam semesta amat murah memberi. Ia akan sentiasa memberi dengan izin Yang Maha Esa. Setelah aku melaluinya sendiri, baru kali ni aku percaya kata-kata tu.

Jadi, bila alam semesta rajin memberi, cemana kita nak dapat pemberiannya tu?

Adakah minta camtu saja? Semudah itu?

Ya, minta saja. Just ASK! Korang menerima apa yang korang minta..Ia mungkin akan mengambil masa, bergantung pada jenis niat.

Aku meminta ditemukan dengan kawan-kawan aku. Alam semesta respon, lalu menemukan aku dengan kawan-kawan lama yang aku tak terfikir leh berjumpa dengan mereka secara kebetulan.

Setelah meminta, korang cuma perlu peka pada situasi-situasi yang akan muncul satu persatu, lalu membawa korang ni kepada matlamat korang yang korang telah minta. Ingat, perlu peka!!!!!

Kesimpulannya, bila kita relaks, selalu tenang dan biarkan semuanya terjadi secara semulajadi, apa yang kita niatkan dalam hati akan diberi oleh alam semesta, sekali lagi, bergantung pada jenis niat. Biarkan alam semesta mengaturnya, it will be done.

Buang rasa risau, gusar, susah hati takut-takut tak menjadi atau sangsi.

Kalau boleh, jangan fikir hal tu, walaupun sedikit!

Lama-kelamaan, apa yang Anda minta di dalam hati, ditarik datang pada korang. Lebih relaks korang, lebih mudah ia datang.

Nak jadi bersemangat, niat dalam hati supaya korang jadi bersemangat esok, lusa hingga hari-hari seterusnya. Lalu, korang akan ditemukan dengan situasi, orang perseorangan dan benda-benda yang membuat korang sentiasa bersemangat.

Itulah salah satu keajaiban minda separa sedar. Like attracts like.

Bila Anda dekat dengan alam semesta dan dengan Yang Maha Esa, apa yang korang niatkan lancar saja jadinya.


cube korang try teori ni.. Insya Allah...