Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Tuesday, April 15, 2008

Gathering Gig





THIS IS THE UNFORGETTABLE PUNYA GIG LAAA YG KITORANG PERNAH MAIN... pasal gig ni laa member2 jauh kami gathering main dalam satu gig. Paling best dalam gig tu, THE HANS, MISSING CHAPTER n SILLHOUETTE. Tak tau nak cakap apa, guwe dah jatuh cinta ngn suara Adib Sillhouette. Ternyata guwe memang gay.

Thanks kat Mael dari Gizmo records sebab sudi datang utk support Lydias Diery, The Hans, Sillhouette, Missing Chapter n band2 lain yg involve. I love you laa Mael!!!

Dalam gig ni gak, guwe telah diranjau kaw2 oleh geng2 THE HANS suruh geng2 Ipoh pakai baju Melayu dalam gig. Guwe sebagai anak jati Ipoh pun pakai leee baju melayu datang ke Skizo. Sekali, kena tipuuu ngn bebudak Ipoh. Guwe sorang je yg pakai baju Melayu. Dah le guwe tak bawak baju spare part.. Nak tak nak, time perform guwe yg bendul ni pun pakai la baju melayu sambil perform ngn muka selamba kambing guwe...

Bengong punya olang!!!!

Apa2 pun........ guwe suke ini gig!!!