Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Tuesday, April 15, 2008

CERITA BOTAQ TIME KARNIVAL ASIS




"Truuuttttt.... trruuuuuttttt" bunyi hp gua.

"Hellloooo......"

"Hello botaq.. kat mana???" organiser call aku plak...

"Heheheeheheh... kat opis lagi.... nk start dah ker???"

"Start kul 11 sharp ni... skng dah pukul 10 dah ni" organiser balas.

Aduuuuhhh...tekanan tul laaaa... Patutnya gua off hari ni. Tapi kena datang settle invoice client plak. Bodoh punya klien sakai!!! Jelas kat aku la tu...

Nasib la exactly pukul 1015 pagi camtu klien mangkuk hayun tu dah sampai...
Settle je keje kat opis, aku trus blah g Sekolah ASIS. As usual aku tak tau jalan nak sana, so gather ngn bandmate lain jumpa kt Taman Shamelin.

Then dah berkumpul, baru leeee kitorang gerak ke Sekolah ASIS. Dalam kire2 pukul 1130 kitorang sampai. Ekekekekekekkekkee.... Disiplin betul kitorang.

Sekali baru aku sedar daaaaa...... aku pakai kasut opis yg sungguh berkilat warnanya.. tak cukup ngn tu, aku pakai seluar slack... ngn kemeja. PANTAT!!!!!!!! Member2 lain pun tak nak kasitau yg aku pakai seluar slack pehal???!!! bodossss...


Nasib laaa aku ada spare part jeans ngn t shirt kat kereta. Kalau mau aku jadi orang korporat perform kat sana. Tapi alangkah malangnyaaaa.... Kasut spare part aku takde... aku just ada kasut opis yg aku pakai je time tu...

Adeeeehhh nk tak nak... balun je la pakai...

Sorilah ejart, asrap, wan n megat. Buat korang jatuh saham jeee... wakakakakakakakaa!!! Ahhhhh peduli hapa aku... wakakakakaakaka...


Masa aku perform je kat ASIS tu, ek eleeee... aku ingat aku sorang je dress up separa formal... rupanya ramai lagi daaaaa... hampir sume pelajar2 sekolah yg datang tgk show tu pakai seluar slack ngn kasut hitam berkilat. ekekekeekekekekekeke... ada gak geng!!!


Tapi yg takleh blah, masa kami perform jee, most of the students kat sana amik gambar kasut aku. Siap amik gambar video pun ada!!!!! Cisssssss.... psiko punya bebudak!!!!
Mentang2 la kontra kasut aku ngn apa yg aku pakai kat badan, diorang leh psiko aku ek??? Huhhh!!!


Habis je perform, Wan ajak balik... sebab dia jadi session utk band kat Sepang. Aku baru je ingat nk round2 kat karnival tu. Sebab dari aku sampai je kat sekolah tu, aku dah terbau MeeHUN Goreng........

Tapi apakan daya, Wan tidak sporting langsung... maka terpakasa la aku balik sesama... Sori laa makcik, gua tak dapat melantak lu punya meehon goreng.


Overall, event kat ASIS memang best. Sebab ada bau makanan yg mengiurkan kepala lutut ku. Yang lain... agak terseksa gak laaa... nk merokok kat kawasan sekolah pun payah. Teringat masa2 bebudak sekolah dulu. Nasib la leh hisap rokok kat luar dewan. Klau takleh hisap rokok, mau nyee aku panjat or nyorok kat jamban hisap rokok...


Ngehhh ngehhh ngehhhhhhh.......

To organiser n also to Jalil Sudeyh, thanks for inviting us and the big token. Weeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!! I lap u!!!