Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Friday, January 4, 2008

Lydia's Diery








Adalah beberapa orang tanya kat kami, macam mana leh dapat nama Lydia's Diery ni. Actually, kat myspace kami
Lydia's Diery kami ada citer mcm mana kami dapat nama Lydia's Diery ni. Tak percaya ker?


Ok citer dia mcm ni.... Dulu masa time masih belajar, kami selalu lepak kat cafeteria UiTM Shah Alam dekat ngn kolej Mawar. Kolej Mawar tu kolej pompuan. Kitorang selalu lepak kat sana, sebab suke skodeng gadis2 kat tingkap kolej tu.
And kadang2 selalu lepak kat sana sebab nak ngorat awek2. Tapi, secara jujurnya, kami nak tak hensem, maka tiadalah gadis yang berminat kat kami.

Ok back to the story. Usually kitorang lepak kat cafeteria sampai pukul 12 malam. Pada tarikh apa ntah.... tak ingat... tapi yang pasti bulan Mac 2003 on the way Botaq ngn Aus (x bassit Lydia's Diery currently band HONEY CLOVERS)nak balik kolej balik, tibe2 kami terjumpa satu buku atas meja makan cafeteria tu. Time tu plak, takde orang... So kami belek punya belek.... laaaaaa... diari rupanya!!!

Kami ni sangap gadis. So, bile ada peluang jahat dan setan mcm tu, kami pun rembat laa... So, kami amik diari tu. Then balik kolej, Botaq baca diari tu. (jahat dia niiiiihhh!!!) tapi Aus tak baca. Mungkin beliau tak suka membaca kot. Botaq yang durjana itu pun membaca diari tu dari awal sampai habis...

Kalau korang nak tau, sampai ke kelas Botaq bawak diari tu. Issshhh.... iiissshhh... sangap2!!!

Chapter 2:

Suatu hari, kursus kami adakan prompt nite. Ahli2 Jawatankuasa prompt nite tu tgh mencari bakat2 utk perform. Then, Aus ajak Botaq,

"Weh...... bulan 4 ni ada promp nite... jom perform. Kot2 melekat ke gadis sorang dua......."


Botaq menjeling... Air liur dah meleleh........

"Gadis?????????!!!!" kata Botaq.

"Yaaaaa!!!! Gadis!!!!!!!!" Aus pun menjeling kat Botaq.

"AKU ON!!!!!!!!!" balas Botaq sambil berdiri, tangan kiri beliau di dada, tangan kanan beliau plak kat atas.


So, bermula dari situlah band ni wujud.

But, before this, Lydia's Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair.

So, disebabkan nama Fake Plastic Hair tu tak komersial utk main kat Promp Nite, so diorang plan la nak tukar nama. Sebab Fake Plastic Hair tu maybe takleh memikat gadis. Cewaaaahhh!!!!!!!


Pikir punya pikir punya pikir........ Suddenly aus ternampak diari yang hari tu jumpa kat atas meja studi Botaq.


"Hooooiiii Botaq!!! Ko ni studi apa? Orang studi akaun, ko studi diari orang..." Aus sound.

"Tu laaa koooo...... ko tak tau feelnya baca diari seorang gadis ni..." balas Botaq.


"Aduuuuuuuhhh.... ko memang sangap la setan!!!"

Aus pun try la baca diari tu. Then dia gelak sensorang after baca diari tu. Tangan dia dah pegang 'anu' dia sambil membaca diari tu tanpa disedari sendri oleh beliau... LAGI SANGAP!!!

"Hoiiii!!!!!! Ko usap batang ko tu apasal?" botaq sound

"Hissshhh ko ni.... aku gatal la. Aku garu arrr!!! Bodoooooo!!!"



Aus sambung lagi,

"Bapakk!!! Best giler diari ni!!!"


"Kot ye pun best... Yang ko usap batang ko pehal?"

"Feel beb!! Feel!!!"

"Yeahhh!!! Ko memang pandai menghayati!!! Wakakakakakakakakka!!!!!!"


"Eh botaq, apa kata kite tukar nama band kite ke THE DIARIST!!!"

"Ishhhh... aku rasa mcm dah ada band je pakai nama tu..."

"Ye keeee?" aus belek2 lagi diari tu.

Dia sambung,

"Ooooooooo.... nama owner diari ni Lydia la..."

"So?"

"Haaa.... apa kata kite bubuh nama band kite Lydia's Diary?"

"Uissshhh!!!!! Style beb!!!" botaq kagum ngn idea aus sambil layan game komputer lawan......


Then tibe2 botaq kalah game apa ntah dia main...

"YOU LOSE!!! YOU MUST DIE......... GAME OVER" mcm tu lah ayat ending bile kalah game tu...

"Tapi aus, banyak sangat la orang pakai nama Diary..." botaq balas balik.


"Apa kata kite eja Diary tu kepada DIE-RY mcm dalam game tu.. kill..diee.."

"Pergggghh.... smart!!! smart!!!!!! Barulah gothic!!!!"


Make tercetuslah nama band kami iaitu Lydia's Diery yang dicetuskan oleh 2 mangkuk hayun yang sangap gadis tersebut...

Bermula dari situ sampailah sekarang kami masih lagi maintain nama itu walaupun kami telah beberapa kali tukar line up baru.



So, kepada sesiapa yang belum pernah dengar lagi kami, sudi2 kan lah dengar lagu2 tak seberapa kami yang direkod live dari umah jee...










..

link to I-BANDS.NET