Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Thursday, October 22, 2009

Puuuhhh!!!! Puuuhhhh!!!! Kasi Jampi Skeetttt

Teruskan mengundi!!!!!!! Yaaaaa undi!!!!!!!!!! Asalkan ada je lagu kitorang kuar kat mana2 celah radio, internet or majalah mana2, korang tlg vote or kerap2 kan la request lagu kitorang yeeee… kitorang pn tak tau apa kedudukan lagu kitorang skng… Tak follow up…

Ni yang paling terbaru (tak baru sangat la) ,kami dapat info dari kawan kitorang kat Penang pasal lagu Kisah Cinta Nasi Lemak kat Mutiara FM. Radio kat Penang…. Kedudukan terkini tak tau lagi…. Jgn la kuar carta……. Puuuhhh!!! Puhhh!!!! AMIN!!!!!!

KEPUTUSAN CARTA HITZ MUTIARA SIRI 38 (11/10/09)

1 . INSAN TERHINA - KHALIFAH (MINGGU 2)

2 . KISAH CINTA NASI LEMAK - LYDIAS DIERY


3 . CITRA MANUSIA - AZHARY

4 . MASIH JELAS - HAFIZ

5 . SELAGI ADA RINDU - PAK LONG

6 . CINTA JASMIN - AZMIR ARIF

7 . SUDIKAH JADI KEKASIHKU - AMENG

8 . PERGI - AIZAT

9 . PUISI HAMBA - ELLA

10 . BENGANG - AKIM


PENERBIT HITZ MUTIARA