Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Friday, July 10, 2009

Jangan Lupa Priority

“Helooo bro…. wei hang leh tlg aku tak???” Fat call aku.

“Haaaa…. Tlg per?” jawab aku

“Ko leh tak datang umah aku, aku baru pindah ni”

“Nak angkat barang ker? Malas laaaaa…..Aku lagi sejam nk p studio jamming ngn band projek aku”

“Bukan… barang sume dah pindah umah baru, tapi aku nk mintak ko tlg cari barang… aku punya Al-Quran hilang arrrr…. Misplace la aku rasa”

“Al-Quran misplace?? Ok… kasi alamat umah, ak datang skng”

“Umah aku still sama, just tukar block je… dulu aku block A skng Block D, tingkat 2, ko cari umah nombor 2/22d”

Aku bergegas ke umah Fat. Dari Ampang ke Putrajaya. Hampir 40 minit la perjalanan ngn kelajuan 80km/j. Elok sampai block D umah baru Fat, aku tak naik lif. Aku naik tangga. Kat tangga 2nd floor nk masuk pintu masuk tu, aku tgk ada bakul pakaian, atas sekali ada Al-Quran.

Sah…… Fat punya ni….. – Bisik aku.

Aku bawak masuk bakul pakaian tu menuju ke umah baru Fat…. Ting tongggg… bunyi loceng….

“Haaaa…. Fat, ni bakul baju ko ker???” aku tanya….

“Wehhhh…. Thanks bro!!!!!! Camne la aku leh misplace Al Quran ngn baju kt situ??”

Fat ajak aku masuk…. Aku masuk jap, rembat air coke dia kt peti ais… then aku blah… aku nk p jamming…. Lewat giler…. Paul, bandmate ak sms

“Where r u….”

So, aku blah p studio…. Aku lewat 40 minit…. Tapi jamming 2 jam ekekekekekeke…

“Weh apasal lambat?????” Paul sound aku…

“Member aku misplace Al Quran” jawab aku

“Apa tu???” Paul tanya….

Then Ayid drummer explain kat Paul,

“Al Quran tu kitab muslim… Salah satu kepercayaan orang Islam ialah mempercayai Al Quran… kami kena hormati Al Quran….”

“OOOOOOOO…. Ok….Sori ek…. Wa tak tau… Weh cepat laaaaa bro……. cucuk gitar lu……pat pat…. Aku tak sabar nk rock n roll!!!!”



Thanks sebab memahami and respek me, Paul. YIHAAAAAAAAAAAA!!!!!!!! HIDUP MEMANG BEST!!!!!!