Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Sunday, June 14, 2009

KISAH PAGI SABTU

Bosan.... hari ni bangun pagi aku tak ke mana2… lepak umah jeee.. bukak tv citer tak best… nk sambung tido, isssshhh… mau sakit belakang aku ni asyik tido jeee… so aku amik tindakan pi ke supermarket… bukan nk shopping baju ke, beli cd ke… tp semata2 nk beli ayam mentah utk masak kt umah…

Otw aku nk pulang ke umah lepas beli ayam, kereta ak buat hal plak… aduuuhhhh…. Kat jalan sunyi plak tu… nasib sempat park kereta kat tepi jalan…. Aku dah gabra… nk call member takde plak kredit hp aku nih… haiiiihhhh… camne ni????? Cuwak giler aku rasa….. Aku ni dah laaaa pompuan…. Pompuan yang sopan santun lagi lemah… cewaaahhh…

Dekat sejam aku tunggu dalam kereta tu.. aku biarkan bonet enjin kereta terbukak kot2 ada laaa hero yg datang leh tlg aku….. then ada laaa lebih kurang sejam 20 minit aku dok menunggu dalam kereta tu, ada laa sorang mamat naik kereta Neo berenti kt depan kereta aku… dia bukak pintu kereta n keluar dari kereta dia….Wooooowwwww!!!! Hensem orang nyaaaaa…. AT LAST!!!! ADA GAK JEJAKA YANG DATANG TOLONG AKU…

Laki tu menghampiri aku…..

“Kenapa ni cik???”

“Tak tau laaaa…. Kereta saya tiba2 buat hal” aku buat muka ayu….

Then laki tu reply….

“OOOOOO…… kereta rosak… sebenarnya kan cik, saya bukan nk tlg cik, ni haaaa… saya nk kasi satu cd sample kt cik…. Band local ni cik!!!!”

“Haaa??????????!!!!”

“Yuppppp….. cd band local… LYDIAS DIERY…. Dalam cd sample ni ada lagu KISAH CINTA NASI LEMAK, MASIH and SESUATU…. Sume best2 cik!!!! Ambil laaaa” sambil laki tu hulurkan cd and satu bisnes kad kt aku….

Aku amik cd n bisnes kad dari laki tu… lalu laki tu pn blah…. Ingatkan nk tlg aku, rupanya nk kasi cd jeeee… laaaaaaaaaa??????????????

Aku tgk bisnes kad dia, tertera,

‘Lydias Diery (malaysian alternative rock band)…www.myspace.com/lydiasdiery … to book artist, call Huzaifah 0123237632’

Orang mcm ni pun ada kaaa??????? Haiiiyaaaaaa………