Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Friday, June 5, 2009

JAWA??? jawa note???

Aku tadi jumpa member aku yang baru je balik study dari Universiti Berkley. Dah nama pn University Berkley so, of koz la studi music kn? Ok, borak punya borak, ak tanya dia satu soalan...

"Time ko studi dulu, ada apa2 yang ko research kt sana??? "

"Macam biasa arrrr... takde apa pn"

"Ye laaaa.. ko sure ada studi serba sikit pasal trend music kt sana.. share arr sikit"

"Trend maksud ko, style pendengar kat sana ke or trend yang statistik tu???"

"Trend statistik..."

"Apa ko nk tau??"

"Apa2 jeee..."

"Ok... yang aku perhatikan, mereka2 pelajar Berkley kat sana banyak tengah studi pasal Java music..."

"Java???"

"Jawa laaaaa ngok!!!! Kaum Orang Jawa tu!!!!!"

"Erkkk??? Apa yang best nyer???"

"Entah laaa... yang ak rasakan, note2 muzik apply dalam lagu2 jawa ni, ada kelebihan and misteri dia sikit... sebab misteri tu laaa orang mat salleh suke kupas and study"


Jawa??? Study lagu Jawa??? Note2 and scaling Jawa??? Aku tau scaling major, minor jeee... pentatonic ke, apa2 yang lain punya scaling ke, aku memang tak tau... apa tah lagi jawa note punya scaling... jenuh ku cari kt youtube jenis scaling note Jawa...

Hmmmm.... mat salleh tgh study music nusantara... kite yang nusantara ni, terkejar2 muzik mat salleh sampai dah lupa music sndrik..

Aku tanya kt member aku lagi,

"Siapa penyanyi or musician yang ko tau pakai apply note2 Jawa dalam permainan lagu diorang???"

"Cromok.... ko tgk laaa sndrik Cromok, mcm mana orang luar iktiraf music dia... ,band As Sahar tu.... kalau international utk style2 pop, refer kt Anggun..."

Jawa ek??? Lagu tempatan, ulek mayang diulek tu pun tak kaji.. note2 yg apply dalam lagu ulek mayang tu pn sound nusantara versi malaysia lagi... hehehehehe...


ANGGUN?????? Beb... lama giler tak dengar nama ni.. Guwe memang admit laaa memang minah bernama Anggun ni memang ada sikit fusion laaa dalam style lagu dia... tapi apa2 pn aku still tak reti macam mana nk apply Jawa note dalam music ni... aparaaaa aku ni...

Bozzzzooooo bozzzzoooo........ kaji laaaa muzik nusantara beb....... kite ada misteri nk dikupas oleh orang luar sana...mereka sanggup melabur tuuuuuu...

JOM STUDY!!!!!!!