Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Thursday, May 21, 2009

Adeeeeehhhhh.... teringat kt awek lama...

Semalam on the way drive balik umah, dengar hitz fm... perggggghhh... sekali deejay putar lagu N'sync daaaaaaa.... THIS I PROMISE YOU punya lagu...

Kalau korang nk tau, ni laaa lagu romantik aku ngn awek lama aku dulu, muka mcm SONALI BENDRE beb!!! Dengar kt radio kereta time tu buat aku mood jadi melankoli laa plak... adehhh dehhhh...

Sampai umah trussss aku cari kt youtube lagu ni.. Aku rasa ada la cecah 30 kali lebey aku ulang lagu ni je dalam satu masa... HAIIIIHHHHH.... apa la khabarnya agaknya 'janda lama' aku tu??? Dah kawen ke??? Hahahahahahahahhaha!!!!!!

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!! Nk awek!!!! Nak awek muka mcam Sonali Bendre!!!!!!!!