Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Tuesday, November 18, 2008

KISAH NAREN

Baru2 yg lepas,aku dah terasa mcm something kurenggg kat diri ni… kaji punya kaji… sume benda aku nk buat, hampir sumenya tak menjadi… tak tau pasal apa…

Then aku pn citer la pasal story ni kt member aku, yg bernama Naren. Aku jmpa member lama aku zaman sekolah ni, umur 27 tahun skng, currently running a business supplying medical items to the government. Dia senior aku sama kelas ngn pelakon terkenal Iqram Dinzly. Ekekekekkeekkee… apa motif aku citer pasal si Iqram ni??? Yaaaa… kerana aku nk eksyen kt korang senior aku tu pelakon Iqram Dinzly. Wahahahahhahaha!!!!!

Aku pn tanya la kat Naren, how he become success mcm skng… Dia tgk mata aku, then dia tgk nasik, tgn kanan dia suapkan nasik tu kat dalam mulut dia… then dia cakap,

“Cari peluang, dapatkan peluang, gunakan peluang, cari wang n generate wang.. it’s all about peluang….”

“Apa maksud ko?”

“Maksud aku, kite takkan sukses kalau takde peluang… n peluang tu bukan free, mesti kena ada return dia…. Return dia adalah BUKTI YG SUKSES!!!”

Borak punya borak, then main snuker, then lepak kat bawah kedai mana ntah kat area ampang point, then sambung borak lagi… Aku pn citer la pasal level konfiden aku ni dah makin jatuh…

“Simple mehhhh…. Meet more people. Jangan terkurung dalam satu kelompok.. Mudah2 kan selesa ngn suatu location… jgn sesekali perasan bagussss…”

Itu jeeee???

“Mungkin lebih dari tu, tapi apa yg aku buat masa mula2, mcm tu laaaa… ko sndri pn tau, aku masuk Islam masa form 4 dulu… mcm mana aku kena halau ngn parents after SPM, sampai skng, sikit pn tak jenguk aku…”

Naren sambung lagi,

“Maksud aku peluang tu, aku mencari peluang utk aku tebus segala dosa2 lama aku. Aku nmpak peluang besar tu dari Islam…. Aku berhijrah dari kelompok orang yg sesat ke kelompok orang yg mengajar aku agama. Time tu aku betul2 terasa malu sebab aku tak tau nk duduk antara 2 sujud baca alfatihah, mcm2 laaa…”

“Orang yg membantu aku bukannya darah daging aku, tapi orang2 yg sedia membantu aku… Aku takde pn merungut aku ni bukan orang melayu, takde hak istimewa, tak pernah pn aku merungut… sume tu datang dari kawan2 yg positif yg bagi aku peluang… tiap kali aku dapat peluang dari diorang, aku tak pernah sia2 kan… dulu lepas SPM aku keje kat kedai klinik rawatan Islam, orang2 kat sana laaa yg kasi aku peluang pasal ilmu benda2 medical ni… sampai laaa aku doctor tmpat aku keje tu cakap ada satu peluang kalau aku nk grab… dia cakap pasal darah cengkerik yg boleh buat duit yg skng tgh demand kt luar Negara (brazil kot tak silap aku dia sebut)… so dari situ aku grab peluang Cuma dari mulut doctor tu jeeeee… aku p masuk kat utan jmpa orang asli… make fren with them, cakap tujuan aku, aku nk beli cengkerik… diorang jual kat aku, then aku kasitau kat doctor tmpat aku keje tu kat mana aku leh jual cengkerik tu??? Dia laaa yg kasitau aku nama persatuan2 doktor satu Malaysia, aku pn perkenalkan diri aku kpd geng2 persatuan doctor ni cakap aku ni supply cengkerik.. then persatuan2 yg tgh buat uji kaji ni, pn beli la cengkerik dari aku…”

Aku tak paham cakap Naren lagi, aku just dengar citer dia jeee tanpa point sebenar….

“KO PAHAM TAK??????”

“Paham sikit2….” Aku balas..

“Skng ni, aku Cuma dapat peluang just dari informasi jeeee… dari mulut doctor tempat aku keje pasal kelebihan darah cengkerik… then aku p buat network ngn orang asli, beli cengkerik… then curi informasi kat mana aku leh supply cengkerik, i.e. supply kat persatuan2 doktor kat UKM, then amik peluang tu, try niaga kat diorang…”

“Apa yg aku nk sampaikan ni, ko kena berhijrah dari satu tmpat ke satu tmpat utk cari peluang… jgn tgk pada kelebihan bangsa or status melayu ko tu…. Status bangsa bukan peluang, cuma benda tu kurangkan saingan ko ngn bukan melayu… aku yg bukan melayu ni pn boleh dapat peluang…”

“Mcm mana ko leh masuk tender ngn kerajaan supply barang2 ujikaji ubat?”

“Apa nk pelik??? Sebab aku bukan bumiputera??? Mualaf je???”

“Tkde laaa cumaaa…. Yeee laaa pelik arrr…”

“Sebelum, kerajaan kuarkan ruang kat orang lain (tender), let me be the pioneer 1st…aku proposed barang lebih awal dari orang lain, just informasi aku kena tepat mengikut apa yg tgh diorang buat skng..”

Actually, aku tak paham pn apa yg Naren cuba sampaikan sebenarnya… apa yg dapat aku rumuskan, dia pilih benda yg tepat…

-tepat sekali sebab dia pilih Islam sebagai agama. Knp dia pilih Islam??? Tak kristian ke Buddha ke, freethinker ke… sebab dia dah kaji dalam2 sebelum dia buat pemilihan. Mungkin sebab orang keliling dia yg membuat dia belajar perihal2 Islam.

-dia pilih kawan2 yg tepat… sampai dia percaya just dari mulut seorang doctor jeeee tanpa sebarang bukti yg menunjukkan benda cengkerik tu tgh demand la niiii….

-dia pilih rakan partner yg tepat…. i.e. persatuan doktor2 malaysia utk jadi partner dia.
-dia pilih utk jadi pioneer rather than tender bidder sebab dia tau kelemahan diri dia…


So, moral of the story dari citer Naren ni, pemilihan yg tepat and level konfiden yg tinggi datang dari how far kite study tentang pemilihan yg kite buat tu…