Sejarah Lydias Diery

Lydias Diery ditubuhkan pada tahun 2004 yang pada mulanya ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan Battle of The Band anjuran pelajar UiTM Shah Alam.

Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan music grunge, comedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka klasifikasikan campuran-campuran muzik ini sebagai music alternative.

Penukaran konsep muzik ini juga menyebabkan mereka bercadang untuk menukarkan nama mereka kepada nama yang lebih bersesuaian hinggalah pada satu hari salah seorang anggota asal kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia.

Bermula dari situ, nama Fake Plastic Hair telah bertukar menjadi nama Lydias Diery (Lydia's Diary) sempena penemuan diari misteri yang telah banyak memberikan inspirasi kepada hasil-hasil muzik mereka.

2004-2006
Botaq: Vocal & 2nd guitar
Asrap: Lead Guitar
Aus: Bass
Lee Ja: Drum

2007-2008
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Asrap: Lead Guitar
Megat: 2nd Guitar
Wan Erza: Drum
Ejart: Bass

2009
Botaq: Vocal & Acoustic Guitar
Wan Erza: Drum
Qayyum @ Wu Shern: Lead Guitar
San: 2nd Guitar
Fabian: Bass

UPCOMING SHOWS

CUTI REHAT

Sunday, July 6, 2008

Maafkan aku KL INDIE FEST




Penat giler… pagi tadi lepak kat opis buat keje2 BQ. Aku yg lulusan akaun kena buat keje2 engineer.. adeeeehhh…. Sakit mata aku kire BQ… takde ke satu software yg leh mudahkan aku buat BQ ni???

Kul 2 settle keje… fuhhh… leh gelek2 bontot… puas hati aku…pas ni leh la lepak kat KL indie fest!!!

Then EJ plak call.

“Bro…. meet me in damansara on 3??? Urgent, bring company profile too. I got prospect for the SIC project.…” EJ cakap…

Yessss laaaa…. Tengkiu la EJ!!! Projek aku utk SIC event dah ada 2 investor dah. Dapat lagi satu prospek!!! Weeeeeeee!!!!!!! Leh cat kereta la aku pas ni… hahahahhahaa…

Kengkawan, aku sori sesangat la tak dapat meet korang kat KL indie fest. Aku nk cari duit lebey… nk beli kereta baru or nk cat kereta baru. Bak kata orang, pengorbanan satu asset kepada kejayaan. Dengan itu, aku korbankan KL INDIE FEST. Ekekekekekekeek…

Korang tau, siapa prospek utk event aku nanti??? EMI records!!!!! Wuhuuuuu!!!! Bangganya aku… Mari bergelek!!!! Mari bergelek!!! Kalau korang nk tau, EMI records rite now having problems regarding on their sales, tapi tak sangka plak aku, diorang willing utk contribute event SIC aku.

Owh lupe plak nk eksen kat korang…. SIC tu refers pada Southern Indie Concert yg my company Imagica Magic Resources plan nk buat tahun depan. Doakan laaaa kejayaan aku ek… Dari bulan Mac lagi aku plan ngn EJ nk buat benda ni… dari 100 surat aku proposed kat company2 seluruh KL yg aku hantar dari bulan Mac, baru 3 je company yg sudi jadi our affiliates. Ekekekeekkeke…

Thanks to KEKKWA, Power Bar n terbaru EMI. Walupun korang kedekut nk invest bebanyak, tapi jadi laaaa…. Asalkan projek berjalan….

Fuhhhh….. habis meet prospek kat Damansara pukul 8. Then melantak plak ngn EJ kat pandan indah. EJ dah dapatkan investor, kena la belanja dia makan… mangkuk hayun tu leh belasah makan makan nasik goreng, ikan bawal asam, milo tarik, telor dadar… Habis dekat RM30 je makan malam… tgk wallet, haaaiiihhh, makin kempisss…

Takpe laaaa…. Janji seronok…

KL indie fest??? What happen terjadi??? Tak tau la plak aku… hopefully meletop la event tu…

Balik umah trosss tido…. Bangun tido dah pukul 12 tgh malam. Belek hp, ada la dekat 7 sms aku dapat 9 miscall. Sume sms tanya tak datang kl indie fest? Ekekekekeekeke… sori laaa geng kalau aku tak reply, bill hp aku bulan ni agak melambung. Sori ek…

Hmmm… apa lagi nk buat ni??? So, aku pun update la blog aku skng ni…

Nk taip apa lagi ek??? Dah laaa stop kat sini jeee… ekekekekekekekeke…

Lastly, DOA USAHA ISTIQAMAH TAWAKKAL.